Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel

Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel

by

mairead-2016, , wan-baca-2016

Ezza Mysara

Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
“Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau.” Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

Cinta Langgar Lari
“Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi.” Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!
------------------------------

Iskandar Daniel

Bagai Itik Pulang Petang
Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

Gadisku
“Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?” Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.

I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?
------------------------

Rehan Makhtar

Jahit Balik Hati Aku
“Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam.” Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.

Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
“Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti.” Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.
---------------------------

Syamnuriemil

Sudah Kahwin Ke Belum?
“So, Natrah... dah kahwin ke belum?” Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? “Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!”

Lari Mencari Suami
“Natrah milik abang, abang milik Natrah.” Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?

Title:Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel
Edition Language:Malay
ISBN:null
Format Type:

Readers Also Enjoyed Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel

    Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel Reviews

  • Mai

    Macam biasa utk orang yg kurang gemar membaca cerpen dpt menghabis kan bacaan cerpen ni dah kira bertuah dah ni. Ermmmmmm ada sebuah cerpen skip sbb mcm panjang jek. Cerpen penulis lelaki mcm baca dia...

  • nilam

    hanya cerita dari rehan makhtar dan syamnuriezmil je kena dgn jiwa.....

  • Wan Amalyn

    2.5 **Membaca ketika kita dalam keadaan mood yang turun naik, benar-benar mempengaruhi pemberian bintang. Kita jadi keliru dengan perasaan sendiri. Sukakah? Tak sukakah? Kitapun tak pasti. Apa yang ki...

  • Nadiah Zaidi

    Saya nak jual RM15 skali pos . Berminat ? spam...

  • Intan  Musa

    Loved all the stories! Syabas.Sangat suka dengan karya Iskandar Daniel terutama 'Bagai itik pulang petang'. Simple dan sweet. Syamnuriezmil dan Rehan Makhtar pula my favourite authors! Nak lagi...☺ ...

  • Nina Choo

    karya2 dlm nie best2.....

  • Faradina Azlin Azahar

    Macam2 ada... all is well gitew.....